(+60) 37967-3398  (+60) 11-2376 1965  umplate22[at]gmail[dot]com
  • Bahasa Melayu
    • English
    • Bahasa Melayu
UM
  • Utama
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami
  • Soalan Lazim
  • Status No Plat
  • Akan Datang
  •   Log Masuk

Soalan Lazim

  • Utama
  • Soalan Lazim

Soalan Lazim

  • Siapakah yang layak membeli/memiliki nombor pendaftaran siri UM?
  • Bagaimanakah cara untuk saya dapatkan nombor pendaftaran siri UM?
  • Bagaimanakah saya ingin menyertai bidaan nombor plat siri UM?
  • Adakah bayaran yuran pengurusan akan dikembalikan?
  • Apakah kaedah bayaran yang dibenarkan?
  • Bagaimana penentuan harga bidaan dikira?
  • Berapa lama tempoh bidaan untuk satu (1) siri nombor pendaftaran kenderaan siri UM dibuka?
  • Bilakah keputusan rasmi bidaan diumumkan?
  • Adakah bayaran akan dicaj ketika bidaan dibuat?
  • Adakah pembida yang berjaya boleh membatalkan bidaan dan mendapatkan semula wang bidaan?
  • Apakah yang dimaksudkan dengan status bayaran “Dalam Proses”?
  • Bagaimana untuk mengetahui jika pembida telah menang atau gagal dalam bidaan?
  • Apakah kesan dan tindakan sekiranya pembida memberi maklumat palsu dalam bidaannya?
  • Apakah tempoh akhir bagi pendaftaran nombor kenderaan?
  • Adakah saya boleh menukar maklumat pemilikan nombor pendaftaran khas kenderaan yang terdapat di dalam surat tawaran?
  • Dimanakah nombor pendaftaran khas kenderaan siri ‘UM’ boleh didaftarkan?
  • Bila nombor pendaftaran khas kenderaan yang berjaya dibida boleh didaftarkan?
  • Adakah saya boleh membuat pelanjutan tempoh Surat Tawaran bagi No Plat yang telah dibeli?

Siapakah yang layak membeli/memiliki nombor pendaftaran siri UM?

    • Individu: Penduduk Tetap Malaysia (PTM) dan Orang Awam Malaysia (MAL) yang berumur 18 tahun dan ke atas.
    • Perniagaan/Syarikat: Perniagaan/Syarikat yang berdaftar.

Bagaimanakah cara untuk saya dapatkan nombor pendaftaran siri UM?

    • Nombor pendaftaran siri UM boleh diperolehi melalui kaedah bidaan. Pemohon perlu membuat pendaftaran di laman sesawang https://hebat.um.edu.my
    • Terdapat 4 kategori yang ditawarkan iaitu Platinum, Emas, Perak dan Gangsa.

Bagaimanakah saya ingin menyertai bidaan nombor plat siri UM?

    • Pemohon yang ingin menyertai bidaan mestilah mendaftar sebagai pengguna portal Hebat UM dan membuat bayaran yuran pengurusan mengikut kategori yang ditetapkan terlebih dahulu sebelum layak untuk menyertai bidaan. Kadar yuran pengurusan adalah seperti berikut:

     

    Bil

    Kategori Nombor Pendaftaran Yuran Pengurusan (RM)
    1 Platinum 50.00
    2 Emas 50.00
    3 Perak 50.00
    4 Gangsa 30.00

Adakah bayaran yuran pengurusan akan dikembalikan?

    • TIDAK, bayaran yuran pengurusan tidak akan dikembalikan.

Apakah kaedah bayaran yang dibenarkan?

    • Yuran Pengurusan
      • Kad Debit/Kredit
      • Financial Process Exchange (FPX)
    • Bidaan
      • Kad Debit/Kredit

Bagaimana penentuan harga bidaan dikira?

    • Harga bidaan minima adalah mengikut kategori nombor yang ditetapkan.
    • Setiap amaun bidaan pertama yang dibida mestilah sama atau melebihi harga minima.
    • Peningkatan minima bidaan adalah 10% daripada harga minima bidaan  mengikut kategori nombor dengan ketiadaan had untuk peningkatan maksimum.
    • Formula:
      10% X Harga Minima Bidaan = Kenaikan Harga Minima
      Harga Minima Bidaan + Kenaikan Harga Minima = Jumlah Bidaan (Harga bidaan yang perlu dibayar)

Berapa lama tempoh bidaan untuk satu (1) siri nombor pendaftaran kenderaan siri UM dibuka?

    • Tempoh Bidaan untuk satu (1) siri nombor pendaftaran khas kenderaan dibuka selama 3 hari dan tamat pada jam 12:00 tengah hari pada hari ketiga (3).

Bilakah keputusan rasmi bidaan diumumkan?

    • Pembida yang berjaya akan menerima emel notis pemberitahuan dalam tempoh 24 jam selepas bidaan tamat bergantung kepada transaksi dengan pihak bank.

Adakah bayaran akan dicaj ketika bidaan dibuat?

    • Jumlah bayaran anda akan dicaj oleh pihak bank pengeluar kad masing-masing sekiranya bidaan anda Berjaya. Bagi bidaan yang Tidak Berjaya, bayaran balik akan dibuat dalam tempoh 7 – 15 hari bekerja selepas tarikh keputusan bidaan secara rasmi dikeluarkan bergantung kepada jenis kad dan bank pengeluar kad.

Adakah pembida yang berjaya boleh membatalkan bidaan dan mendapatkan semula wang bidaan?

    • Pembida yang berjaya tidak boleh membatalkan bidaannya dan tiada pemulangan wang bidaan kepada pembida yang berjaya

Apakah yang dimaksudkan dengan status bayaran “Dalam Proses”?

    • Proses kelulusan pembayaran bidaan bergantung kepada jenis kad dan bank pengeluar kad. Tempoh sesuatu pembayaran diproses boleh mengambil masa sehingga 3 jam. Sehingga bayaran bidaan ditentukan Berjaya / Tidak Berjaya, status yang akan dipaparkan ialah Dalam Proses. Pembayaran yang Berjaya / Tidak Berjaya akan dimaklumkan melalui emel.

Bagaimana untuk mengetahui jika pembida telah menang atau gagal dalam bidaan?

    • Sistem akan menghantar emel makluman kepada pembida untuk memaklumkan status bidaan sama ada berjaya atau gagal. Keputusan bidaan juga boleh dilihat di laman sesawang HEBAT di tab BIDAAN > KEPUTUSAN BIDAAN melalui carian semakan nombor kenderaan yang dibida.

Apakah kesan dan tindakan sekiranya pembida memberi maklumat palsu dalam bidaannya?

    • Pembida yang memberi maklumat palsu terpaksa menanggung akibat daripada pemalsuan maklumat yang diberi sehingga menyebabkan nombor pendaftaran yang berjaya dibida tidak dapat didaftarkan dan tindakan undang-undang akan diambil ke atasnya.

Apakah tempoh akhir bagi pendaftaran nombor kenderaan?

    • Tempoh akhir bagi pendaftaran nombor kenderaan adalah 12 bulan dari tarikh Surat Tawaran atau sebelum 31 Disember 2023 yang mana terdahulu.

Adakah saya boleh menukar maklumat pemilikan nombor pendaftaran khas kenderaan yang terdapat di dalam surat tawaran?

    • BOLEH, dengan syarat, nombor pendaftaran khas kenderaan tersebut belum didaftarkan dengan JPJ Malaysia. Caj perkhidmatan sebanyak RM50.00 dikenakan bagi penukaran maklumat pemilikan.

Dimanakah nombor pendaftaran khas kenderaan siri ‘UM’ boleh didaftarkan?

    • Nombor pendaftaran khas kenderaan siri ‘UM’ boleh didaftarkan di Jabatan Pengangkutan Jalan Wangsa Maju, Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur sahaja.

Bila nombor pendaftaran khas kenderaan yang berjaya dibida boleh didaftarkan?

    • Nombor pendaftaran khas kenderaan siri ‘UM’ boleh didaftarkan sebaik pembida yang berjaya mendapat surat tawaran keputusan bidaan.

Adakah saya boleh membuat pelanjutan tempoh Surat Tawaran bagi No Plat yang telah dibeli?

    • BOLEH. Pelanjutan tempoh selama 3 bulan daripada tarikh Surat Tawaran asal boleh dibuat dengan caj perkhidmatan sebanyak RM50.00.
    • Permohonan pelanjutan tempoh mestilah dibuat sebelum tempoh sah Surat Tawaran asal tamat.
TERMA DAN SYARAT
Privasi Polisi / Penafian / Kredit Laman / Polisi Sekuriti

Hak Cipta © 2020. Universiti Malaya. Hak Cipta Terpelihara.